salam Pictures, Images and Photos

KESYUKURAN KEAMANAN BERSAMA IMAN

1:02 PG Edit This 0 Comments »
Dalam aman , sentosa,muhibah, keselesaan ........ 
Bersyukur kepada Ilahi.
Kita lihat ramai umat Islam berpusu-pusu dan berguyung-guyung ke pusat beli-belah, bazar-bazar Ramadhan , pasar malam dan mana sahaja yang menawarkan potongan harga. 
Bersyukur kepada Ilahi ...... kita lihat umat Islam bersemangat , gembira dan bahagia menjalankan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, tenang tanpa gangguan kemusnahan, pembunuhan , kelaparan , tanpa penuh penderitaan kematian tersayang.. 
Bersyukur kepada Ilahi ...... kita lihat umat Islam tanpa kira kefahaman parti bersama bertegur -sapa hilang sengketa pilihan calon pilihanraya. Berjabat tangan bersama seerat saudara sendiri. Kehidupan bagai aur dengan tebing. Kasih sayang bagai cubit peha kiri , peha kanan terasa pedihnya. 
Bersyukur kepada Ilahi ....... kita lihat umat Islam jadi pemurah . setiasa memberi sedekah dan zakat penuh keikhlasan dan kemampuan semoga ibadah ini diredhai Allah SWT. Menghulur tanpa rasa nilainya , sentiasa membantu siapa sahaja yang meminta. Syukur .....rezeki yang mulia dari Ilahi. Syukur kita kepada Ilahi negara aman rakyat sentosa

0 ulasan: