salam Pictures, Images and Photos

KESYUKURAN KEAMANAN BERSAMA IMAN

1:02 PG Edit This 0 Comments »
Dalam aman , sentosa,muhibah, keselesaan ........ 
Bersyukur kepada Ilahi.
Kita lihat ramai umat Islam berpusu-pusu dan berguyung-guyung ke pusat beli-belah, bazar-bazar Ramadhan , pasar malam dan mana sahaja yang menawarkan potongan harga. 
Bersyukur kepada Ilahi ...... kita lihat umat Islam bersemangat , gembira dan bahagia menjalankan ibadah puasa dengan penuh keikhlasan, tenang tanpa gangguan kemusnahan, pembunuhan , kelaparan , tanpa penuh penderitaan kematian tersayang.. 
Bersyukur kepada Ilahi ...... kita lihat umat Islam tanpa kira kefahaman parti bersama bertegur -sapa hilang sengketa pilihan calon pilihanraya. Berjabat tangan bersama seerat saudara sendiri. Kehidupan bagai aur dengan tebing. Kasih sayang bagai cubit peha kiri , peha kanan terasa pedihnya. 
Bersyukur kepada Ilahi ....... kita lihat umat Islam jadi pemurah . setiasa memberi sedekah dan zakat penuh keikhlasan dan kemampuan semoga ibadah ini diredhai Allah SWT. Menghulur tanpa rasa nilainya , sentiasa membantu siapa sahaja yang meminta. Syukur .....rezeki yang mulia dari Ilahi. Syukur kita kepada Ilahi negara aman rakyat sentosa

Maulana Asri: Hadith Dan Peranannya Masa Kini

10:56 PTG Edit This 0 Comments »

Hadis : Empat kunci kebahagiaan

10:42 PTG Edit This 0 Comments »
Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.

LAWAK KEMBUNG2

1:32 PTG Edit This 0 Comments »
Seorang bekas penjaga gol Selangor yg sedang lalu di bawah sebuah apartment terperanjat apabila terdengar suara seseorang menjerit meminta tolong.Dia menoleh ke atas,di tingkat 10,ada seorang wanita sedang memegang sebiji tembikai di balkoni,manakala di belakangnya api sedang marak dan asap berkepul-kepul.Tembikai itu baru dibeli,belum sempat makan."Tolong encik,selamakan tembikai saya ini!"laung wanita tersebut lalu meminta semua orang ramai yg berkerumun di bawah apartment supaya menangkap buah kegemarannnya itu yg akan dilempar sekejap lagi.Tetapi orang ramai semua takut.Maka,bekas penjaga gol itu pun mara kehadapan."Tak apa ,puan,biar saya tngkap.Kan saya ni bekas penjaga gol Selangor,takkan awak tak kenal!"kata lelaki itu dengan eksyen,sambil mengembangkan hidungnya yang sememangnya dah kembang."Sekarang,sambung bekas penjaga gol,"puan jatuhkan tembikai tu,saya akan tangkap macam saya tangkap bola !"Okey...tangkap!"jerit wanita itu.Zuuuupppp..tembikai melayang...bekas penjag gol tersebut menerkam dan berjaya menangkap tembikai itu dgn kemas.Kemudian,dia meneruskan aksi dgn mengolekkan tembikai iti diatas simen,dan menyepaknya seperti bola!!!

Nasyid - Al' irs Yad (Doa Taubat)

12:37 PTG Edit This 0 Comments »

KEBENARAN PERASAAN

12:33 PTG Edit This 0 Comments »

KEINSAFAN

12:24 PTG Edit This 0 Comments »

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR. Buat tatapan teman-teman

11:47 PTG Edit This 0 Comments »
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR. Buat tatapan teman-teman
Photobucket
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir .. tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu .. mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu  ..  andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  ..  tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu  ..  sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'  ..  tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri  ..  menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji ..  "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"  ..  sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  .. tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu .. setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja  ..  di setiap kesempatan juga masa yang terluang  .. alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  ..  tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..  mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU ..  tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  ..  tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang .. mari kita meriahkan Ramadhan  ..  kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir  ..  tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani  ..  menanti-nanti jemputan Izrail  ..  di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami .. jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami  .. menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi  ..  semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...  tak akan ada manusia yang bakal mengetahui  ..  apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya  .. yang mampu bagi seorang hamba itu ..  hanyalah  berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya Al lah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..  ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....   andai benar ini Ramadhan terakhir MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DI LAKUKAN

With lots of love and respect

KASIH IBU

7:56 PTG Edit This 0 Comments »
Hari ini aku dan angah menghantar ibuku ke hospital untuk rawatan lanjutan diabetes dan tangannya yang patah kerana terjatuh.

Aku terkenang kepada arwah ayahku yang telah menemui Ilahi 3 tahun yang lalu. Kini ibu digelar janda. Masa lalu, ibu seorang buruh di ladang Frazer Estet di Kulai. Kemudian, menjadi penerokawati bila kami bepindah ke FELDA Air Tawar 1. Ibu pernah jatuh daripada traktor , motosikal bahkan pernah terjatuh semasa bekerja di ladang. Ibu tak pernah patah. Kini keadaan ibu amat berbeza uzur dan lemah.

Aku rasakan kasih sayang anak terhadap ibu tak sama kasih sayang ibu terhadap anak. Pengorbanan ibu terhadap anak amat agung, amat mulia dan penuh kasih sayang seikhlas hati. Kasih ibu yang seagung surga firdaus tidak terbalas oleh ku.

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

12:35 PG Edit This 0 Comments »
Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"diulang sebanyak 7 kali
untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,
jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,
makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

Selamat Berpuasa

12:27 PG Edit This 0 Comments »

Assalamualaikum.
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan
puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia
tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu saya terlebih dahulu 'MEMOHON MAAF' jika saya ada berbuat kesalahan,

baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakn, semoga kita dapat menjalani

ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

FIKIR-FIKIRKAN

8:51 PTG Edit This 1 Comment »
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

AL FATIHAH UNTUK IBU BAPA

8:35 PTG Edit This 0 Comments »
Salams, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita
dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah

Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke
rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak
disangka-sangka. ..Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu...
Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah! Alhamdulillah.

Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu dan
Insya-Allah kehidupanmu akan bertambah baik Dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
Percaya akan keajaiban bulan ini.

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK , AL - RAHMAN , AL -RAHIM

ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 12 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.

CARA RAWAT H1NI (SELSEMA BABI)

8:27 PTG Edit This 0 Comments »

Wallahualam...

Ada 3 kaedah yang di sarankan.
Cuba je lah yang mana satu

CARA 1:
From: rumuoldo tarabas <¿@ yahoo.com>
Salam..... sy baru balik dari thailand . sy ke pulau temelang dan bantun.
apa yang sy nak kongsi ialah cara mereka mengubati penyakit selsema babi.
bahan2nya adalah
1. air kelapa
2. kurma

cara2nya
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua

4. minum air kelapa bersama makan kurma

CARA 2:
Of course kena redha pada ALLAH
and niat dengan sesungguh nya...selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE for those with sore throat please blend the apples and keep on taking
till your fever disappear and yr symtoms are gone....

CARA 3:
Seorang Ustazah mengesyorkan kita membaca "Salamum kaulam minrrabirrahim" sebanyak 313 kali, untuk menghindarkan penyakit H1N1. Rujuk yasin ayat 58.

Dan mohon pertolongan Allah. Ini ikhtiar kita. Tolong war2 kan kepada yang lain.

SK NAM HENG

1:00 PTG Edit This 0 Comments »

SK Nam Heng , KB 502, 81900 Kota Tinggi, Johor. Sebuah sekolah melayu pedalaman ditubuhkan pada 1954.Sebuah sekolah di kawasan ladang Johor Corp bernama Ladang Basir Ismail yang dulunya dikenali sebagai Ladang Nam Heng berada di pesisiran Sungai Johor dalam DUN Tiram.. Sekolah ini menempatkan pelajar dari beberapa penempatan yang berhampiran iaitu Ladang Basir Ismail, Ladang Air Putih, Kg Air Putih, Kg Sg Jempol, Fecra Sg Redan, Kg Sg Redan Laut, Kg Paya, Kg Sg Berangan, Kg Tengah, Kg Sg Serai. Ibu bapa pelajar terdiri daripada staf ladang, pekerja ladang, nelayan sungai persisiran Sungai Johor, bekerja sendiri seperti pekebun sayur,penoreh getah dan berniaga.

PUISI : WABAK MENULAR BANGSA

9:03 PTG Edit This 0 Comments »
Wabak bencana . gempa gelita,
H1N1 Selsema burung apa jua wabak
bangsaku bersatu satu malaysia diikat erat
dengan cekal menempuh badai
nyawa dan hiba galang gantinya

wabak menular bangsa
tanpa segan silu betelanjang di tengah iman
tanpa rasa insan merobek nyawa dengan paksa insan pilihan Tuhan
tanpa takwa mendakwa nafsu nista serba boleh
tanpa malu membuka pekong di dada sendiri tatapan umum mendabek dada
tanpa insaf gelora berahi jadi banggaan
anak haram bak cendawan tumbuh selepas rahmat hujan dari Tuhan
bayi tanpa dosa putih bak salju dibunuh dibuang bagai boneka usang
tanpa ikhlas bertelagah bertegang urat kerana agama suciku
umat keliru yang mana Haq yang mana bathil
hukum dibolehkan mengikut kepentingan peribadi
penyelewengan korupsi punca kehidupan
akhlak mulia tiada lagi maki hamun jadi keadaban
tipu dusta mainan kata kebenaran dalam kegelapan
mahu kaya tanpa usaha perjudian along dalam genggaman
fitnah umpat setiap pertemuan
permusuhan sengaja dicari persahabatan terlerai longlai
basmilah wabak ini
agama akan teguh dihati
bangsa akan berakhlak mulia , cemerlang dan gemilang
tanah air akan makmur sentosa kestabilan penuh muhibbah